Saturday 20 August 2011

Mata wang paling aneh yang pernah ada di muka bumi

pernahkan anda melihat mendengar tentang mata wang yang pelik di seeluruh dunia pada zaman dulu-dulu..??..
6. wang diperbuat dari kayu (Jerman)

Wang ini pernah digunakan sebagai wang darurat di jerman semasa pasca Perang Dunia Pertama  iaitu diantara tahun 1914 hingga 1918
.


5.Wang ancaman hukuman mati (amarika, masa penjajahan britis)

  mata wang ini telah banyak berpengalaman dalam memerangi para pemalsu.kerana pada masa-masa awal penjajahan britis,wang sangat mudah dicetak ini kerana alat pencetak mudah di dapati..para pemalsu juga boleh mencetak sendiri wang tersebut... jadi wang ini di cipta oleh pemerintah untuk memberi ancaman dan menakutkan para pemalsu....bijak..bijak.



4. Wang seperti voucher (vietnam)

Jika kita pernah berfikir bahwa wang boleh membeli segalanya, . Tetapi tidak di Vietnam pada tahun 70an la., wang ini ataupun dipanggil  voucher yang hanya boleh digunakan untuk membeli eksesori ataupun pakaian seperti baju, tali pinggang dan sebagainya.

3. Mata wang berbentuk komuditi

Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan untuk pembayaran. Sebenarnya, perkataan “salary” (gaji) berasal dari bahasa Latin “salarium” iaitu wang yang telah dibayarkan kepada prajurit Roma untuk membeli garam.
Garam juga juga digunakan sebagai alat tukar mata wang utama di gurun Sahara  berabad-abad lamanya, dan digunakan secara luas di seluruh Afrika Timur. Biasanya, seseorang pada masa itu akan menjilat garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan untuk membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.
Blok garam pada gambar berusia 1500 tahun.


* “RENG”, iaitu wang berbentuk bola benang yang dibungkus dalam sabut kelapa. Digunakan zaman dahulu di Kepuluan Solomon.
* Koko digunakan di seluruh Mexico dan Amerika Tengah
* Keju Parmigiano Reggiano ,  digunakan sebagai jaminan pinjaman di Itali



2. Kulit tupai (Rusia)

pada zaman dahulu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Rusia. Beberapa bahagian dari tupai mati ini seperti telinga, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai “mata wang”....


1. Wang dari batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)

Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, Anda akan melihat wang terbesar dan paling pelik di dunia : iaitu batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkarang dengan diameter 12 kaki dan berat 8 tan.
Entah sejarah atau kepercayaan apa yang menyebabkan masyarakat di Pulau Yap ini sangat inginkan  batu ini, mungkin sama seperti masyarakan modern sekarang la sangat mengagungkan emas.
Karana jenis batu ini sukar ditemui di Pulau Yap, masyarakat Pulau Yap rela mengorbankan nyawa mereka untuk mencari batu ini.
Tahukah anda? Nilai nominal dari batu ini dinilai bukan hanya berdasarkan ukuran, tapi juga dinilai berdasarkan pengorbanan untuk ke Pulau Yap.., termasuk la jumlah nyawa yang melayang karana pengorbanan tersebut.
Disebabkan bentuknya besar, wang ini dibiarkan di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang kala di hutan. Meskipun diletak di mana saja, orang ramai pasti mengetahui siapa pemiliknya. Apabila terjadi pertukaran pemilik, ia akan dilakukan dalam upacara tertentu.

No comments:

Post a Comment