Tuesday 25 October 2011

sumbangan dan mengapa Muammar Gaddafi dibunuh?




Assalamualaikum wbt...semenjak dua menjak ni..gua tertarik pasal kematian pemimpin Libya iaitu muammar gadaffi yang mati dibunuh..sebagai sesama muslim gua rasa simpati juga la kpd beliau kerana dilayan sebegitu rupa dan kematian amat tragis serta mayat dibiarkan busuk sehingga beberapa hari....biarpun kita banyak dikhabarkan beliau seorang yang diktator,, kaki perempuan ,  berperangai pelik, serta dibenci oleh rakyat...namun gua respect juga kat pemimpin Libya ni...kerana beliau adalah satu satu nya pemimpin dalam dunia islam yang tidak tunduk kepada US dan pihak barat..bukan seperti tok2 arab lain....gua  masih ingat lagi, beliau mencampak piagam pertubuhan bangsa bangsa bersatu PBB ketika berucap di hadapan pemimpin dunia,,,punyala garang ...habis pemimpin lain senyap.. ini membuktikan kelantangan beliau dan sikap tidak tolah ansur dan tiada kompromi beliau kepada negara barat!...





tidak dinafikan juga beliau ni ada keburukannya...tapi gua pn malas nak cerita...sebab banyak media2 pun telah war2 kn....beliau pn sudah meninggal..x elok la kalu nak dipangjangkan  lagi..lagi pun,..daripada Allah swt kita datang dan kepada Nya jua kita kembali....kita ni pun hanya lah dipinjam untuk hadir ke alam ini(dunia)....hanya Allah jua la mengetahui siapa sebenarnya kita ni sebagai hambaNya..


gua ada terbaca BBC News tentang wasiat beliau sebelum meninggal kot...amat menyentuh perasaan juga la...
& mudah mudahan Allah mengampunkan dosa2 beliau..amiiin..


pada pandangan gua tugasan almarhum sudah selesai .....
tapi bagi kita ni yang belum dipanggil oleh Allah swt..tilik2 lah pada diri sdiri,,apa sumbangan kita kepada agama Allah ni.(sebagai peringatan bersama)...


sebut pasal sumbangan ni...gua tertarik dengan sumbangan beliau kepada negaranya...tapi gua pelik kenapa sampai sebegitu rupa dia dihukum....dan dibunuh kejam oleh penentang dan rakyat beliau...adakah ini  terpengaruh dengan hasutan dakyah barat..banyak persoalan yang bermain dalam fikiran gua ni adakah dia pejuang sejati ataupun segala berita palsu tentang keburukan beliau adalah rekaan pihak barat yang sememangnya memang mahu menggulingkan Gaddafi???..wallahua'lam..berikut merupakan antara sumbangan beliau kepada negaranya yang gua dapat search...



  1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
  2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
  4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
  5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
  6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
  7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
  8. Pendidikan adalah percuma
  9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
  10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
  11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
  12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
  13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
  14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
  17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
  18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
  19. pabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.bagi gua

bagi gua sumbangan beliau pada bumi libya memang banyak...mengikut pemerhatian gua tentang sumbangan dia ni merupakan ciri2 negara berkebajikan berteraskan kepadda islam dan tanpa tinduk kepada musuh2 dari barat..negara kita pun kerajaan xda buat macam ni...p/s gua bukan penyokong Muammar Gaddafi kay..tapi gua kagum sumbangang dan kelantangan beliau yang patut diambil sebagai contoh....



& Al Fatihah buat Allahyarham.....

Thursday 13 October 2011

Keburukan kacang soya





KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.


Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan  isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 ): link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan  sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.





FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

Tuesday 13 September 2011

Wordless Wednesday #2


Al-Fatihah buat arwah Mohd. Rizwan Mohd. Shaiful...(kereta api rempuh traktor)

Friday 9 September 2011

Hati-hati bila anda TOPUP

 
 
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, 
seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60,
dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA
 
 
Demmm...hari2 gua tengok  berita..msti ada ja berita yang buat gua sakit ati..
shitt!!..sikit2 cukaai..guna tu cukai..guna ni cukai...mati la gua...
sebelum ni bil astro pun dikenakan cukai 6%..nak begayut pn kena 
jimat2 ni...nasib baik la gua xda awek..tlepon mak ja di kampung..
dalam kepala otak gua ni..kenapa la tak cukup lagi dengan cukai
arak..cukai rokok..cukai judi...cukai nak makan kfc dan laen2 la...
kalau boleh semua nak di cukaikan..hampehh!..sebelum ni tak timbul pun kes ni..
 
kot2 nanti..nak jalan kaki pn kena bayar ROADTEX...
 
lepas ni mesti la ada kenyataan bangang dari menteri;
 
"pape pown pepaid di Malaysia lagi murah berbanding dgn negara lain contohnya..
Somalia..Congo..Papua..Mongolia..n kerajaan x mampu menanggung subsidi lagi..
hahahaha..srius gua menyampah kalau dorang guna statement ni lagi..
 
 
  
memangla..sesetengah orang apela sangat dengan 60 posen tu....tapi dia meninggalkan 
kesan juga..contohnya  bila  beli topup RM 10.00, korang tak perlu lagi  bayar 
RM 10.0, tapi perlu membayar RM 10.60,, agak gampang la sekiranya korang jarang 
mempunyai sen-sen didalam poket. Pada pandangan gua la, sepatutnya penyedia 
perkhidmatan wajar menolak terus amaun RM 0.60 sebaik sahaja korang selesai 
menambah nilai jika tambah nilai RM 10.0..biar ja tinggal RM 9.40 kredit tu...
kira ok la sikit..,
 
 
 
dari mana nntah gua dapat ni..
 
 sekiranya  bagi mereka yang suka menyimpan nombor genap dalam bank (macam gua ni), 
bila korang beli melalui online macam Maybank2u atau CIMB Clicks,akan ada 40 sen 
tertinggal dibelakang. rugi la..duit syiling tak boleh kuar ikut mesin ATM..haha..
Tambahan lagi, ada sesetengah tempat tu, ada peniaga jual sampai RM 11 dan RM 12,.
mungkin, RM 10.60 + komisen + upah jual dan sebagainya...haramjadah betui!.. 
jikalau korang terdesak..memang tepaksa bayar la...kalau malas cari kedai lain.. 
 
 
 
lastly..gua bukan anti kerajaan key..tapi gua tak puas hati la...kerajaan asyik 
paw duit rakyat ja..nasib bek la gua husnuzon..gua harap dengan cukai yang 
dipungut ni dapat memberi faedah kepada semua rakyat...contohnya baiki taraf hidup
rakyat ataupun 1 lg yang gua tak puas ati kerajaan sepatutnya memberi bantuan penuh 
kepada rakyat yang melanjutkan ke peringkat tinggi..macam gua ni..dala nak belajar, 
kena la pinjam dengan kerajaan ataupun PTPTN pastu nak bayar balik nanti kena riba 
plak..macam kerajaan nak berniaga dengan rakyat plak...aduii..baik la masuk penjara..
dapat tempat tinggal free...pastu makan minum pun free kerajaan tanggung...
x payah la kena pinjam dgn PTPTN..haha~
 
 
 
 
 

Sunday 4 September 2011

Siapa Mat Indra??

Sekarang ni dalam tv bising pasal Mat Indera ni...gua pn kompius sama ada dia ni pejuang negara atau pengkhianat negara....so gua nak share la skit..dan sama-sama la kita nilai...n ni gua copy paste.di sini  & sini.....



MAT INDERA LAWAN BRITISH


Mat Indera



            Artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengagungkan gerakan komunis di dalam hutan. Tetapi sekadar memberi pengetahuan bahawa komunis melayu itu wujud dan mereka bukanlah jahat seperti komunis yang sebenar. Mereka masuk hutan kerana tiada pilihan untuk berjuang menentang pengganas Britsih yang begitu kuat menyebarkan fitnah terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar. Ingat!! Terwujudnya negara ISRAEL adalah kerana orang BRITISH!


LAGENDA MAT INDRA


Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.



Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.



Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris



Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik



Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.




Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.



Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medanb, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.



Mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.



Antara cerita lain tentang mat indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis. Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak. Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kena tangkap, dia cakap nak semayang, masa ambil air sembahyang dia ghaib kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kena hukum bunuh, masa dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga dan tak lepas, penangan buah kecubung,..di katakan kebal dan hanya lut dengan peluru perak...






Mat Indera kena tangkap


Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dg PKM, tapi yg jelas,beliau bekerjasama dg PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.



Yang jelasnya ,beliau bekerjasama dg PKM adalah utk menghalau British dpd negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.


Apakah cara beliau itu salah???
Satu kajian oleh pakar2 sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya.Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno shj.


Mat Indera menyerang balai polis Bkt kepong sekitar tahun 1950,harus di fahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat dg kerajaan British,kesetiaan mereka adalah kpd Queen British dan Kerajaan British .Mereka taat dan patuh apa sj perentah kerajaan British.


Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini.
Oleh itu,sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbul kekuasaan British" 




Oleh itu jangan sesekali kita terkeliru dg POLIS zaman pasca Merdeka.Kini Polis adalah simbul kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia,mereka berkhidmat dan setia kpd Kerajaan Malaysia jangan sesekali kita samakan status Polis kini dgn status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh.
kita hanya boleh menghakimi,sebab2 peperangan itu.Mat Indera ada sebab yg kuat kenapa dia menyerang balai polis Bkt Kepong tu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang BP Bkt Kepong itu dg menyerang mana2 Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.

Balai Polis kini adalah simbul kekuasaan Malaysia,sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British.Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang MEKAH dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah .Bolekah kita kata Rasulallah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan MAKAH?????

Tetapi situasi nya kini tentu berbeza.Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.
kenapa??? kenapa dlm dua perkara yg sama,tapi berbeza hukumnya?? renungkanlah...



Jangan la mudah kita menghukum sesuatu yg kita belum pasti kedudukannya...











Thursday 25 August 2011

Tips BALIK KAMPUNG


 


Esok sudah bermula la pesta balik kampong…nasib baik la gua da balik kampong bulan 5 lagi….tak pelu la bersesak lagi..tak macam raya tahun lepas..0k..kepada yang balik kampong sempena Aidilfitri ni..gua nak kongsi sedikit tips2 balik kampong ni….





1) Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting  sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.


2) Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.


3) Hentikan langganan akhbar/majalah
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu.


4) Matikan semua suis dan gas
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.


5) Elakkan memasang lampu luar rumah
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.


6) Berdoa untuk kesejahteraan bersama
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.


& PANDU BERHATI HATI

meh kita layan lagu dikir ni...gua nak letak lagu Allahyarham Sudirman-balik kampung...tapi mesti korang da selalu lagu tu...baik la kita dengar lagu ni..Hati-hati Jalan Raya....kalau x paham pun...dengar ja..hehe~






Wednesday 24 August 2011

Adui..lailatul Qadar da terlepas

Hari ni da 25 Ramadan...sebenarnya gua pun tak tau bilakah malam lailatul qadar ni...yang gua tahu 10 malam terakhir..& setahu gua dua malam lepas hujan lebat di Kota Bharu ni(malam ganjil)...pastu gua tido awal la..selalu gua tido lewat...tapi korang x yah percaya la tajuk entri gua ni...tapi  diantara tanda-tanda malam lailatul qadar ni adalah:-


  • Bertambah terangnya sinar cahaya pada malam Lailatul Qadar berbanding dengan malam-malam yang lain. Namun pada zaman sekarang, petanda ini hanya dapat dirasakan oleh mereka yang tinggal jauh dari kemudahan elektrik, dan seumpamanya.

  • Malam Lailatul Qadar penuh dengan kelembutan, udara tidak begitu panas dan tidak begitu dingin, angin bertiup dalam keadaan tenang, tiada badai dan tiada guntur




fuiihh......lega hati gua..sebab gua ingat malam tu la malam lailatul qadar..sebab malam tu ja hujan lebat..sebelum ni x hujan pn..& pada malam tu  pukul 10.30 gua da tido...nak berdoa pun x sempat....


gambar dari google


tapi orang macam gua ni..atau pun macam kite-kite ni..(gua tau).....Bukan mudah   untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.


Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.....InsyaAllah.....


p/s  selamat beramal ye selagi ada sisa2 di bulan Ramadan tinggal beberapa hari lagi ni..

Tuesday 23 August 2011

Wordless Wednesday!!..

raya da dekat..gua nk tengok anak bulan la.....

Monday 22 August 2011

mengapa la perlu desperate??...




Demm...bangun pagi2..gua tdergar lagu wali band "cari jodoh"...siyes gua tak suka lagu ni....nampak sangat desperate sangat mamat ni....hahaha~~so gua terfikir la nak buat entri pasal   desperate2 ni... jodoh pertemuan di tangan tuhan???...memangla....kita ni mestila usaha+doa+tawakkal pada Allah....x yah la tunjuk yang kita ni desperate sangat..pastu ada gak sampi post di fesbook...

Biarlah jodoh lambat pun asalkan mendapat Mr. Right or Mrs. Right..dan biarlah single daripada menjadi mangsa lelaki atau pempuan yang tidak beriman kemudian nanti....cey....gua tau..gua ni bukan nya baik sangat..tapi gua tak desperate k...walaupun awek pun xda.. apa nak risau..gua tengok orang OKU pun kawen jgak...

mengikut pengalaman gua la...ada pempuan tu, tidak di sangka-sangka dipinang orang,, kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal la sehingga ke anak cucu...wh0a.. cam best ja cinta selepas kawen ni.. pastu ada gak seorang yang dah lama bergewam(bahasa kelantan)  dan berjanji la untuk berkahwin namun mereka gagal  berkahwin & ada jgk yang bercerai.., maybe ni la dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan(ketentuan Ilahi)...





gambar takde kena mengena 

p/s xda kena mengena dengan sapa2 ni just pandangan gua je...

Sunday 21 August 2011

al kisah cuti 4 bulan

Arrghh...siyes gua bosan cuti sem ni...da la 4 bulan...da macam2 benda gua buat sampi tahap semua benda gua da boring....mintak2 la lepas grad ni..gua tak yah la gua tanam anggur....1 st gua ingat lepas sampi ja d klia...gua x mau balik lagi kelantan...sebab mau jalan2 d kolumpo....lbih sminggu gak la sna...balik la gua ke kelantan....makan tido makan tido...tu ja keja gua...nasib bek mak gua x heran...siyez gua bosan sekali lagi.....pastu mintak la keja d parkon kota bharu...hahaha..gua jual beg tangan wanita...punya la ramai pekerja pempuan lawa2 bahagian beg tu...semua dk mengorat gua..(prasan)...hahaha~~gua nk pegi kerja hari2 pn semangat...ceyh!..pernah gua kija full time dari pagi sampi malam selama  2 minggu...tapi gua x penat pn...giler semangat....ye la nak cari duit lebih katakan ...tp best jgak keja dengan awek2 ni.


nak sampi sebulan jugak la gua keja....lpas 2 gua gaduh dengan bos..hahaha...ye la ade ke patut gua mintak keja pagi 1 hari ja..tapi dia tak bagi....sebab malam 2 gua nak tengok bola final piala FA ..kelantan vs terengganu...tapi bos tak bagi...cibai punya bos..minat punya pasal la ni...gua bengang dengan bos n gua mintak stop la keja situ....biar padam muka dia...hahaha....tapi siyes gua menyesal.~~~sebab tak dapat la gua jumpa awek2 parkson lgi...mesti dorang rindu gua..hoho.



 ni bukan gua k...


lepas 2 sambung la aktiviti rutin gua..makan tido..makan tido...pastu bpoya2 la sebab gaji da masuk....tapi teda la sampai habis...gua guna buat modal beli butan baju melayu dari Sabah..gua order....n jual d kelantan ni....hahaha...gua untung beb!...habis semua habis gua jual...da la gua jual mahal .....sebab nak raya ni...

tapi pekerjaan ni gua paling suka..hehe~~gua tolong buat esaimen kakak gua...giler pemalas dia ni..tp gua kesian gak ...da la sibuk dengan kerja dia & anak2 lg..kakak gua ni sambung belajar buat PJJ...sebab cikgu sekarang ni kena ada degree...so esaimen dia gua la yang kena buat...dia ckap.. btul tak btul janji siap ja..hahaha...gua dapat upah rm50 untuk 1 esaimen hehe...banyak gak la gua buat...nasib baik la dia tak suruh gua pegi jawab soalan final dia....




sekarang da bulan pose...gua da stat menganggur lagi...malas da gua nak keja...nak buat amal la plop..tapi bulan pose ni...tido la keja gua..sebab tak boleh makan ...lepas subuh gua tido...pukul 1 tengah hari baru gua bangun...pastu petang2 ja keluar jalan2...n balik bebuka...har har har baru gua tau teruk gak perangai gua ni...tapi malam gua pg traweh la,,,tapi siyes gua rindu sabah la...hehe~~x sabo eh nk masuk sem baru ni d UMS.....

seronok nya puasa masa zaman budak2 dulu..


korang ingat lagi tak pengalaman korang masa baru nak belajor-belajor puasa dulu??takyah cakap masa nak belajor sangat la...kita cerita masa kecik-kecik dan hidup penuh adventure dulu...mesti ada macam-macam ragam kan??gua masa kecik-kecik pun bukannya budak baik sangat...banyak kot buat2 curi makan...jadik, meh kita tengok apa benda-benda gila yang gua buat masa gua kecik-kecik dulu...gua rasa korang pun gila juga kot dulu....
  1. 1st main mercun la keja gua..biase la budak kampug macam2 mercun gua ada..gua jarang beli mencun..tapi paw dengan budak lain…mak gua ada pesan beli mercun ni bakar duit ja…mak gua ni la manusia paling garang penah gua jumpa…keja dia tarik side burn gua ja bila tau gua ada buat hal…tapi gua tak heran ,, bez main mercun ni…gua mesti  ada gak macam budak len…so keja gua paw la dgn member2..nasib baik member gua dulu pemurah…& ada gak daripada gua beli mercun baik la gua buat sdiri… (abang gua la yang ajar)...kalau buat meriam buluh  ataupun mencun tin(mcm meriam buluh tapi menggunakan tin milo)…pastu kebun getah Pok Him (tok siak masjid, garang dia ni )la port kitorang .penah gk kena kejar dengan orang kampong…hahha…sebab gangu orang solat traweh…kebun dia ni dekat dengan masjid ..
best woo main mercun ni…memang banyak la pengalaman kalau bab main mercun ni….sampai skarang gua masih ingat…kebun pisang jiran  tebakar sebab gua la main mercun…demm…memang truk la gua kena marah dgn mak…jiran gua la pegi repot..tapi yang paling jahat mmber gua ni la..ada ke patut dia sumpat mercun macam mancis  tu dalam buntut ayam….hahaha…giler ksian ayam 2…biase la gua budak2 dulu…tau gelak ja..sampai sekarang gua ingat….tapi gua tak tau mati atau tak ayam 2…

  • kalau korang nak tau mercun ni la member gua sumbat dalam buntut ayam..hahaha..
  • mencun ni pula menyebabkan kebun pisang jiran gua tbakar..hahaha~.masa 2 gua main perang-perang konon... 




  1. Kalau bab pergi terawih...gua x penah full..biase nya 4 rakaat  cukup la..pastu gua n geng sekampung blah….pegi lepak2 makan colek buah ataupun colek kerang…ceyh…masa budak2 pn  gua da pandai lepak2…sebab 2 la sampi sekarang lepak ja keja gua …tapi time xda keja la…kalau x pun pg main mercun la d kebun getah Pok Him… Pok Him ni garang tau tau keja dia tok siak di masjid…gua selalu kena marah sebab buat bising di masjid…sebab gua tak solat…padahal dia pun x solat gak…orang lain solat..tapi dia pegi marah kitorang…..tapi yang gua tau Pok Him ni da mininggal da…2 pn masa gua tinggal di sekolah berasrama masa skolah menengah x smpat la mntak maaf….siyez gua banyak dosa dengan dia dulu….haha..nasib baik la maybe gua tak baligh lagi dulu…


kalo nak list, memang banyak benda yang best la masa bulan puasa dulu-dulu..masa gua kecik-kecik...kalo nak samakan dengan sekarang dulu memang best la...siyez gua rindukan zaman budak2 dulu…gua rindu member sekampung dulu…tapi sejak masuk sekolah menengah semua da lost kontek….sampai sekarang gua tak dapat jejak member2 rapat sekampung dulu..kalau jumpa pun xda da macam dulu…maybe sebab gua pn jarang balik kampung sebab belajar jauh n sjak skolah menengah lagi tinggal d ostel..sampi la masuk U…