Tuesday 13 September 2011

Wordless Wednesday #2


Al-Fatihah buat arwah Mohd. Rizwan Mohd. Shaiful...(kereta api rempuh traktor)

Friday 9 September 2011

Hati-hati bila anda TOPUP

 
 
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, 
seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60,
dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA
 
 
Demmm...hari2 gua tengok  berita..msti ada ja berita yang buat gua sakit ati..
shitt!!..sikit2 cukaai..guna tu cukai..guna ni cukai...mati la gua...
sebelum ni bil astro pun dikenakan cukai 6%..nak begayut pn kena 
jimat2 ni...nasib baik la gua xda awek..tlepon mak ja di kampung..
dalam kepala otak gua ni..kenapa la tak cukup lagi dengan cukai
arak..cukai rokok..cukai judi...cukai nak makan kfc dan laen2 la...
kalau boleh semua nak di cukaikan..hampehh!..sebelum ni tak timbul pun kes ni..
 
kot2 nanti..nak jalan kaki pn kena bayar ROADTEX...
 
lepas ni mesti la ada kenyataan bangang dari menteri;
 
"pape pown pepaid di Malaysia lagi murah berbanding dgn negara lain contohnya..
Somalia..Congo..Papua..Mongolia..n kerajaan x mampu menanggung subsidi lagi..
hahahaha..srius gua menyampah kalau dorang guna statement ni lagi..
 
 
  
memangla..sesetengah orang apela sangat dengan 60 posen tu....tapi dia meninggalkan 
kesan juga..contohnya  bila  beli topup RM 10.00, korang tak perlu lagi  bayar 
RM 10.0, tapi perlu membayar RM 10.60,, agak gampang la sekiranya korang jarang 
mempunyai sen-sen didalam poket. Pada pandangan gua la, sepatutnya penyedia 
perkhidmatan wajar menolak terus amaun RM 0.60 sebaik sahaja korang selesai 
menambah nilai jika tambah nilai RM 10.0..biar ja tinggal RM 9.40 kredit tu...
kira ok la sikit..,
 
 
 
dari mana nntah gua dapat ni..
 
 sekiranya  bagi mereka yang suka menyimpan nombor genap dalam bank (macam gua ni), 
bila korang beli melalui online macam Maybank2u atau CIMB Clicks,akan ada 40 sen 
tertinggal dibelakang. rugi la..duit syiling tak boleh kuar ikut mesin ATM..haha..
Tambahan lagi, ada sesetengah tempat tu, ada peniaga jual sampai RM 11 dan RM 12,.
mungkin, RM 10.60 + komisen + upah jual dan sebagainya...haramjadah betui!.. 
jikalau korang terdesak..memang tepaksa bayar la...kalau malas cari kedai lain.. 
 
 
 
lastly..gua bukan anti kerajaan key..tapi gua tak puas hati la...kerajaan asyik 
paw duit rakyat ja..nasib bek la gua husnuzon..gua harap dengan cukai yang 
dipungut ni dapat memberi faedah kepada semua rakyat...contohnya baiki taraf hidup
rakyat ataupun 1 lg yang gua tak puas ati kerajaan sepatutnya memberi bantuan penuh 
kepada rakyat yang melanjutkan ke peringkat tinggi..macam gua ni..dala nak belajar, 
kena la pinjam dengan kerajaan ataupun PTPTN pastu nak bayar balik nanti kena riba 
plak..macam kerajaan nak berniaga dengan rakyat plak...aduii..baik la masuk penjara..
dapat tempat tinggal free...pastu makan minum pun free kerajaan tanggung...
x payah la kena pinjam dgn PTPTN..haha~
 
 
 
 
 

Sunday 4 September 2011

Siapa Mat Indra??

Sekarang ni dalam tv bising pasal Mat Indera ni...gua pn kompius sama ada dia ni pejuang negara atau pengkhianat negara....so gua nak share la skit..dan sama-sama la kita nilai...n ni gua copy paste.di sini  & sini.....



MAT INDERA LAWAN BRITISH


Mat Indera



            Artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengagungkan gerakan komunis di dalam hutan. Tetapi sekadar memberi pengetahuan bahawa komunis melayu itu wujud dan mereka bukanlah jahat seperti komunis yang sebenar. Mereka masuk hutan kerana tiada pilihan untuk berjuang menentang pengganas Britsih yang begitu kuat menyebarkan fitnah terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar. Ingat!! Terwujudnya negara ISRAEL adalah kerana orang BRITISH!


LAGENDA MAT INDRA


Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.



Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.



Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris



Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik



Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.




Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.



Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medanb, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.



Mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.



Antara cerita lain tentang mat indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis. Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak. Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kena tangkap, dia cakap nak semayang, masa ambil air sembahyang dia ghaib kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kena hukum bunuh, masa dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga dan tak lepas, penangan buah kecubung,..di katakan kebal dan hanya lut dengan peluru perak...






Mat Indera kena tangkap


Kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dg PKM, tapi yg jelas,beliau bekerjasama dg PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.



Yang jelasnya ,beliau bekerjasama dg PKM adalah utk menghalau British dpd negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.


Apakah cara beliau itu salah???
Satu kajian oleh pakar2 sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya.Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno shj.


Mat Indera menyerang balai polis Bkt kepong sekitar tahun 1950,harus di fahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat dg kerajaan British,kesetiaan mereka adalah kpd Queen British dan Kerajaan British .Mereka taat dan patuh apa sj perentah kerajaan British.


Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini.
Oleh itu,sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbul kekuasaan British" 




Oleh itu jangan sesekali kita terkeliru dg POLIS zaman pasca Merdeka.Kini Polis adalah simbul kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia,mereka berkhidmat dan setia kpd Kerajaan Malaysia jangan sesekali kita samakan status Polis kini dgn status Polis zaman British dulu.

Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh.
kita hanya boleh menghakimi,sebab2 peperangan itu.Mat Indera ada sebab yg kuat kenapa dia menyerang balai polis Bkt Kepong tu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang BP Bkt Kepong itu dg menyerang mana2 Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.

Balai Polis kini adalah simbul kekuasaan Malaysia,sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British.Ada perbezaan Besar di situ.

Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang MEKAH dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah .Bolekah kita kata Rasulallah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan MAKAH?????

Tetapi situasi nya kini tentu berbeza.Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.
kenapa??? kenapa dlm dua perkara yg sama,tapi berbeza hukumnya?? renungkanlah...



Jangan la mudah kita menghukum sesuatu yg kita belum pasti kedudukannya...