Tuesday 25 October 2011

sumbangan dan mengapa Muammar Gaddafi dibunuh?




Assalamualaikum wbt...semenjak dua menjak ni..gua tertarik pasal kematian pemimpin Libya iaitu muammar gadaffi yang mati dibunuh..sebagai sesama muslim gua rasa simpati juga la kpd beliau kerana dilayan sebegitu rupa dan kematian amat tragis serta mayat dibiarkan busuk sehingga beberapa hari....biarpun kita banyak dikhabarkan beliau seorang yang diktator,, kaki perempuan ,  berperangai pelik, serta dibenci oleh rakyat...namun gua respect juga kat pemimpin Libya ni...kerana beliau adalah satu satu nya pemimpin dalam dunia islam yang tidak tunduk kepada US dan pihak barat..bukan seperti tok2 arab lain....gua  masih ingat lagi, beliau mencampak piagam pertubuhan bangsa bangsa bersatu PBB ketika berucap di hadapan pemimpin dunia,,,punyala garang ...habis pemimpin lain senyap.. ini membuktikan kelantangan beliau dan sikap tidak tolah ansur dan tiada kompromi beliau kepada negara barat!...





tidak dinafikan juga beliau ni ada keburukannya...tapi gua pn malas nak cerita...sebab banyak media2 pun telah war2 kn....beliau pn sudah meninggal..x elok la kalu nak dipangjangkan  lagi..lagi pun,..daripada Allah swt kita datang dan kepada Nya jua kita kembali....kita ni pun hanya lah dipinjam untuk hadir ke alam ini(dunia)....hanya Allah jua la mengetahui siapa sebenarnya kita ni sebagai hambaNya..


gua ada terbaca BBC News tentang wasiat beliau sebelum meninggal kot...amat menyentuh perasaan juga la...
& mudah mudahan Allah mengampunkan dosa2 beliau..amiiin..


pada pandangan gua tugasan almarhum sudah selesai .....
tapi bagi kita ni yang belum dipanggil oleh Allah swt..tilik2 lah pada diri sdiri,,apa sumbangan kita kepada agama Allah ni.(sebagai peringatan bersama)...


sebut pasal sumbangan ni...gua tertarik dengan sumbangan beliau kepada negaranya...tapi gua pelik kenapa sampai sebegitu rupa dia dihukum....dan dibunuh kejam oleh penentang dan rakyat beliau...adakah ini  terpengaruh dengan hasutan dakyah barat..banyak persoalan yang bermain dalam fikiran gua ni adakah dia pejuang sejati ataupun segala berita palsu tentang keburukan beliau adalah rekaan pihak barat yang sememangnya memang mahu menggulingkan Gaddafi???..wallahua'lam..berikut merupakan antara sumbangan beliau kepada negaranya yang gua dapat search...



  1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
  2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.
  3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.
  4. Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.
  5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.
  6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.
  7. Tidak ada bil elektrik di Libya.
  8. Pendidikan adalah percuma
  9. Kemudahan perubatan adalah percuma.
  10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.
  11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.
  12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.
  13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.
  14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  15. Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.
  17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).
  18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
  19. pabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.bagi gua

bagi gua sumbangan beliau pada bumi libya memang banyak...mengikut pemerhatian gua tentang sumbangan dia ni merupakan ciri2 negara berkebajikan berteraskan kepadda islam dan tanpa tinduk kepada musuh2 dari barat..negara kita pun kerajaan xda buat macam ni...p/s gua bukan penyokong Muammar Gaddafi kay..tapi gua kagum sumbangang dan kelantangan beliau yang patut diambil sebagai contoh....



& Al Fatihah buat Allahyarham.....

Thursday 13 October 2011

Keburukan kacang soya





KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.


Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan  isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3) : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 ): link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan  sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.





FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji