Wednesday 24 August 2011

Adui..lailatul Qadar da terlepas

Hari ni da 25 Ramadan...sebenarnya gua pun tak tau bilakah malam lailatul qadar ni...yang gua tahu 10 malam terakhir..& setahu gua dua malam lepas hujan lebat di Kota Bharu ni(malam ganjil)...pastu gua tido awal la..selalu gua tido lewat...tapi korang x yah percaya la tajuk entri gua ni...tapi  diantara tanda-tanda malam lailatul qadar ni adalah:-


  • Bertambah terangnya sinar cahaya pada malam Lailatul Qadar berbanding dengan malam-malam yang lain. Namun pada zaman sekarang, petanda ini hanya dapat dirasakan oleh mereka yang tinggal jauh dari kemudahan elektrik, dan seumpamanya.

  • Malam Lailatul Qadar penuh dengan kelembutan, udara tidak begitu panas dan tidak begitu dingin, angin bertiup dalam keadaan tenang, tiada badai dan tiada guntur




fuiihh......lega hati gua..sebab gua ingat malam tu la malam lailatul qadar..sebab malam tu ja hujan lebat..sebelum ni x hujan pn..& pada malam tu  pukul 10.30 gua da tido...nak berdoa pun x sempat....


gambar dari google


tapi orang macam gua ni..atau pun macam kite-kite ni..(gua tau).....Bukan mudah   untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.


Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.....InsyaAllah.....


p/s  selamat beramal ye selagi ada sisa2 di bulan Ramadan tinggal beberapa hari lagi ni..

No comments:

Post a Comment